E6 - Mengingati A. Rahim Kajai: Bersama Tan Sri Johan Jaaffar dan Ku Seman Ku Hussain | Melawan Lupa - a podcast by Kawah Buku

from 2020-12-30T12:00

:: ::

A. Rahim Kajai — suatu nama yang sudah menjadi sebuah institusi dalam dunia kewartawanan Malaysia, dilawati semula juzuk kehidupan dan pemikirannya oleh dua orang tokoh besar dalam barisan kewartawanan Utusan Malaysia, iaitu Johan Jaaffar dan Ku Seman. A. Rahim Kajai pergi ketika usia yang sebegitu muda. Namun begitu, namanya abadi, fikiran dan ideanya terus diperbahaskan. Hari ini kita melawat semula sosok berpengaruh ini sementelah 77 tahun pemergiannya. Sosok pemikir, yang tak pernah apologetik rasa cintanya terhadap bangsa Melayu menerusi tulisan-tulisan dalam pojoknya, telah meninggalkan suatu bekas yang tak terlupakan pada rata-rata umat Melayu. Kita bertanya semula, siapa Kajai pada hari ini?  #MelawanLupa

Further episodes of Teh Tarik Podcast

Further podcasts by Kawah Buku

Website of Kawah Buku