Ep2 - Sebelum Melaka: Warisan Peradaban Silam | Menjadi Malaysia - a podcast by Kawah Buku

from 2020-11-06T12:00

:: ::

Episod 2 membawakan perbincangan ke era sebelum Melaka, dengan hujahan bahawa Melaka tidak muncul dalam hampawa. Mad Koy dan Azan Safar melawat kembali keperluan untuk melanjutkan perbincangan sejarah Malaysia sedari politi-politi yang sudah muncul di Semenanjung Tanah Melayu seumpama Langkasuka, Gangga Nagara, dan Kedah Tua, yang jauh lebih awal dari kemunculan sistem pentadbiran beraja di Melaka. Perbincangan turut menyentuh perihal Melaka yang dipilih oleh negara dalam sejarah Malaysia konvensional, yang mempunyai perkaitan dengan wujudnya data dan fakta sejarah yang lebih lengkap dan tersedia, selain dari pengaruh ideologi negara itu sendiri.

Further episodes of Teh Tarik Podcast

Further podcasts by Kawah Buku

Website of Kawah Buku