Ep27 - Sebelum Melaka: Champa menurut Dr. Alinor, Bahagian II | Menjadi Malaysia - a podcast by Kawah Buku

from 2021-04-30T13:00

:: ::

Menyambung perbincangan dari minggu lepas dan siri #MenjadiMalaysia, Dr. Alinor bermula dengan perbincangan mengenai asal usul nama Champa berdasarkan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh para pengkaji Champa, antaranya kerajaan tersebut bermula dengan nama Champa-Desa, dan Champa-Pura—nama-nama yang diberikan sendiri oleh orang Cam. Dr. Alinor turut menghuraikan teori nama Champa yang berasal dari sebuah kota di India, dengan membentangkan sejarah Universiti Nalanda, sebuah pusat pengajian terbesar bagi agama Buddha di mana terdapatnya sebuah asram (kolej) yang diberi nama Asram Srivijaya. Dr. Alinor turut menerangkan kaedah pemetaan (mapping) dalam pengkajian sejarah dengan membawa contoh bagaimana dakwaan bahawa bertapaknya Islam di Champa boleh dibuktikan.

Further episodes of Teh Tarik Podcast

Further podcasts by Kawah Buku

Website of Kawah Buku