Malaysia: Lahir Tanpa Nasionalisme Dari Kancah Perang Dingin - a podcast by Kawah Buku

from 2019-09-15T16:00

:: ::

Malaysia adalah suatu keganjilan. Ia lahir tanpa wujudnya suatu idea yang membumi dan dirasai dengan mendalam oleh warga-warga yang bernaung di bawah payungnya. Terhasil daripada kancah perang dingin, Malaysia di waktu pembentukannya tidak punya sebarang nasionalisme yang jelas dan tuntas.


Tidak menghairankan, dua tahun selepas kewujudannya, satu daripada komponen penting yang membentuk Malaysia, keluar. Tinggal-lah hingga sekarang Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang terus berdayung bersama-sama di lautan luas. Kadangkala pelayaran mereka bergelora kadangkala tenang sahaja. Tapi tetap terus berdayung. Bersama-sama. 


Apakah sejarah kewujudan Malaysia? Apa latarnya? Apa faktor-faktor sosial dan politik yang mendorong kepada pembentukannya? Kenapa ianya dibentuk? Siapakah pemain-pemain utamanya? Dan bagaimana pula dengan masa depannya?

Further episodes of Teh Tarik Podcast

Further podcasts by Kawah Buku

Website of Kawah Buku